Parti Amanah Negara dijangka bertanding lebih dari 30 kerusi di dalam pilihan raya negeri yang melibatkan enam negeri bersekali bulan hadapan, kata timbalan presidennya Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau berkata partinya berkemungkinan bertanding sembilan kerusi di Selangor, tujuh di Kelantan dan tiga di Negeri Sembilan.
“Di Terengganu, Amanah berkemungkinan bertanding di tiga atau empat kerusi dan di Kedah, tujuh,” kata beliau kepada media selepas memeriksa harga barang pengguna di sebuah pasaraya.
Beliau yakin partinya akan mengekalkan kerusi yang dimenangi semasa PRU 2018 dan akan memenangi kerusi di negeri di bawah pentadbiran pembangkang.
Pilihan raya negeri ditetapkan pada 12 Ogos. Penamaan calon adalah pada 29 Julai manakala pengundian awal ialah pada 8 Ogos.