Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUCHING: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM3 juta untuk menambah baik kemudahan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, peruntukan itu juga bagi membolehkan pengurusan hospital terbabit mendapat aset baharu yang diperlukan.

Fadillah berkata, peruntukan disalurkan selepas beliau menerima permohonan pihak HUS yang mahu menambah baik kemudahan hospital untuk keselesaan kakitangan serta pelawat. 

“Saya menerima permohonan daripada pihak hospital malam ini dan selepas berbincang dengan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, permohonan itu diluluskan,” katanya dalam ucapan pada Majlis ‘Speta Beraya’ HUS di sini, malam ini.

Turut hadir, isterinya, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir serta Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Dalam pada itu, Fadillah turut meluluskan peruntukan RM150,000 kepada Tabung Kebajikan Perubatan HUS bagi membantu pesakit kalangan golongan B40.

Beliau turut memberi jaminan akan mempertimbang permohonan HUS untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi membangunkan masjid di hospital berkenaan.

“Kerajaan negeri sudah menyalurkan RM6.5 juta, tetapi difahamkan jumlah itu hanya untuk menyediakan tapak masjid.

“Kita bersedia untuk membantu bagi melengkapkan masjid untuk kemudahan kakitangan serta pelawat hospital itu,” katanya.-BH Online