Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 2 Disember– Kerajaan mempertimbang penggunaan kod respon pantas (QR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, penggunaan teknologi itu dilihat berupaya meningkatkan pengurusan, selain mampu mengurangkan risiko rasuah dan salah guna kuasa di kaunter imigresen.

“Nak cepatkan proses pemeriksaan di kaunter imigresen, pengembara hanya perlu imbas kod yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan mereka.

Ia akan tingkatkan keselamatan serta mengurangkan kesesakan di pintu masuk negara terutama pada waktu puncak,” kata Shamsul Anuar di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji di Dewan Rakyat.

Tambahnya, pelaksanaan kod QR itu bakal diperluas di lapangan terbang antarabangsa lain termasuk di pusat pemeriksaan di sempadan darat dan laut.

Bulan lepas, KDN mengumumkan penggunaan kod QR kepada pengembara Johor – Singapura bermula tahun depan.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperluas kemudahan sistem pagar automatik di pintu masuk negara kepada 53 buah negara baharu.

Antaranya melibatkan 26 negara dari Kesatuan Eropah (EU), 17 negara eropah serta enam dari negara Arab.

Selain itu, empat negara lagi dari China, Kanada, Hong Kong dan Taiwan.-Berita RTM