Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Persengketaan di antara Gerakan dan PAS yang merupakan komponen Perikatan Nasional semakin memuncak apabila jentera PAS tidak kelihatan semasa pencalonan presiden Gerakan Dominic Lau di Bayan Lepas.

Kurang dari 100 penyokong menemani Lau ke pusat penamaan calon pagi ini di Dewan Bukit Belah, Teluk Kumbar kira-kira jam 8.50 pagi.

Ia berikutan penentangan akar umbi PAS terhadap pencalonan Lau di kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang.

Berbeza dengan Lau, calon Amanah Azrul Mahathir Aziz yang mewakili gabungan BN-PH pula ke pusat penamaan calon bersama 300 penyokong.

Azrul mempertahankan kerusi Bayan Lepas di dalam pilihan raya negeri ini.

Beliau memenangi kerusi tersebut buat kali pertama dalam tahun 2018 dengan majoriti 5245 undi.