Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Calon pilihanraya negeri bebas untuk menggunakan media massa dan media sosial untuk berkempen, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Menurutnya, Malaysia sebuah negara demokrasi dan semua pihak perlu mengamalkan politik matang termasuk amalan debat berbanding budaya ejek-mengejek dan melempar tohmahan.

“Sekiranya ada pihak ingin adakan debat seperti Sinar Harian yang aktif mengadakan wacana dan Astro Awani sedia jadi hos kepada debat Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ini suasana yang sangat positif.

“Semua media dialu-alukan untuk turut terlibat sedia platform masing-masing untuk angkat wacana dan debat, bukan bersaing dengan melempar tohmahan atau ejek-mengejek,” katanya ditemui pada Pusat Penamaan Calon SMK Sungai Pusu.

SMK Sungai Pasu merupakan Pusat Penamaan Calon bagi DUN Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang.

Tempoh berkempen bermula hari ini sehingga 11.59 malam 11 Ogos.