Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

GUA MUSANG : Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan membayar gratuiti kepada 241 bekas peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan sebelum 3 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bayaran akan dilakukan sebelum 3 Ogos ini kepada semua bekas peserta yang belum menerimanya tetapi mereka perlu menandatangani surat persetujuan penamatan sebagai peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan.nullnull

Beliau yang juga menteri berkaitan berkata setiap bekas peserta yang belum menerima gratuiti akan menerima sebanyak RM8,400 iaitu jumlah terkumpul dalam setahun pada tahun 2022.

“Saya bersetuju dengan permohonan bekas peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan untuk membayar gratuiti sebanyak RM8,400 serta baki kepada semua peserta yang belum menerimanya. 

“Tetapi dengan syarat menandatangani surat persetujuan penamatan sebagai peserta projek Agropolitan.

“Ia sebagai tanda kerajaan ini prihatin kepada nasib bekas peserta projek ini. Kita sudah menimbangkan dan memutuskan untuk membayar bayaran gratuiti seperti yang disebutkan” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Sungai Asap, di sini, hari ini.

Saya mengarahkan Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR, Datuk Zawawi Othman dan Pengurus Besar KESEDAR, W Muhd Rahimi Wan Salleh serta pegawainya untuk membayar gratuiti yang saya umumkan ini sebelum 3 Ogos ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) kedua sudah diluluskan di KESEDAR Sungai Asap yang menelan belanja sebanyak RM20.7 juta yang kini dalam penyediaan reka bentuk tapak.

“Kita maklum mengenai masalah kesukaran generasi kedua dan ketiga untuk memiliki kediaman yang selesa dan kondusif disebabkan harga tanah yang semakin tinggi dan tidak mampu dibiayai oleh mereka untuk membina rumah.

“Maka kerajaan sudah meluluskan pelaksanaan PPD Sungai Asap dengan penyediaan 132 lot rumah, lot kedai, tapak pasaran, masjid, dewan serbaguna, bekalan air, elektrik dan talian internet.

“Pembinaan PPD ini akan memberi manfaat kepada 650 penduduk iaitu generasi kedua dan ketiga,” katanya.-BH Online