Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Penggunaan rokok elektronik akan dikawal ketat menerusi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawal Selia di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 (Akta 852) yang akan dikuatkuasakan bulan ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata penggunaan rokok elektronik masih dikawal selia di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 buat masa ini.nullnull

“Mengenai cadangan pengharaman vape, undang-undang dan peraturan boleh disemak dan dipinda sekiranya perlu demi kesihatan awam.

“Akta dan peraturan yang berkuat kuasa bulan ini akan dilaksanakan terlebih dahulu, menjadikan produk merokok termasuk vape sebagai produk yang dikawal selia dengan ketat,” katanya kepada pemberita selepas program Tinjauan Mesra Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di PD Waterfront di sini, petang tadi.

Dr Dzulkefly berkata, langkah lain termasuk mengetatkan undang-undang dan peraturan boleh dipertimbangkan pada masa hadapan berdasarkan keberkesanan undang-undang dan peraturan sedia ada.

“Saya memang gusar dengan amalan vape dalam kalangan remaja dan semua pihak perlu berperanan mengawalnya, ia semakin membimbangkan,” katanya. 

Sementara itu katanya, sebanyak 96,127 notis di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 

(PPKHT) 2004 dikeluarkan sepanjang tahun lalu dan 38,347 notis dikeluarkan bagi tempoh empat bulan tahun ini.

Dr Dzulkefly berkata, bagi Peraturan 11(1)(d), PPKHT 2004 iaitu larangan merokok di tempat makan, sejumlah 

41,581 notis kesalahan dikeluarkan tahun lalu.

Dalam tempoh tahun ini sehingga April, katanya, sebanyak 16,705 notis kesalahan sudah dikeluarkan.

“Selangor negeri paling tinggi mengeluarkan notis kesalahan merokok di tempat makan iaitu 6,174 notis diikuti Pahang (5,054), Johor (3,824), Pulau Pinang (2,974) dan Sarawak (2,680),” katanya.-BH Online