Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin dan seluruh keluarga atas pemergian abangnya yang juga wartawan hiburan, Kamal Huzaini Kamaludin atau lebih dikenali sebagai Huzz, 58, yang meninggal dunia, hari ini.

Menerusi hantaran dalam Facebook, Fahmi berkata, beliau turut berdukacita dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Allahyarham cukup terkenal pada era 80-an dan 90-an. Penulisannya sentiasa dinantikan peminat industri hiburan,” katanya.null

Terdahulu, Nur-ul Afida ketika dihubungi mengesahkan pemergian Allahyarham Huzz di kediaman abangnya di Bertam, Pulau Pinang, kira-kira 6.10 petang tadi akibat kanser usus.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Langsat di Kepala Batas, Pulau Pinang. – BERNAMA