REMBAU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meletakkan sasaran tiada lagi projek sakit membabitkan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menjelang tahun hadapan.
Menterinya, Nga Kor Ming, berkata setakat ini PR1MA berjaya menyiapkan 31 projek sakit, dengan tiga lagi menyusul iaitu Residensi Klebang dan Bukit Katil di Melaka serta Residensi Simpang Empat 2 di Kedah menjelang akhir tahun ini.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=430&adk=1759374627&adf=3919061902&pi=t.aa~a.1654364369~i.2~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1746782318&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×430&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F05%2F1394028%2Fkpkt-sasar-tiada-lagi-projek-sakit-babitkan-pr1ma-menjelang-tahun&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1746782320068&bpp=2&bdt=1255&idt=2&shv=r20250507&mjsv=m202505050101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Da1f499f316b63bd6%3AT%3D1746778658%3ART%3D1746781756%3AS%3DALNI_MbMInKgbkjcVDZuNrhFLEj8IPTyeQ&gpic=UID%3D000010b9d7d53d40%3AT%3D1746778658%3ART%3D1746781756%3AS%3DALNI_MYVmZkmcqODnpd-5KRMfJVe77m2PA&eo_id_str=ID%3D5e86c106e74a1bea%3AT%3D1746778658%3ART%3D1746781756%3AS%3DAA-Afjayo8QNGBHzfyaaNRMzJhqv&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=8780823778176&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=903&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31092114%2C95358862%2C95358864%2C95354562%2C31092280%2C95344788%2C31092108&oid=2&pvsid=1697727958019745&tmod=204709400&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=4&uci=a!4&btvi=1&fsb=1&dtd=5
Katanya, PR1MA komited menyiapkan projek terbengkalai atau sakit demi menjaga kebajikan pembeli sebaik mungkin.
“Usaha serta inisiatif ini melambangkan komitmen PR1MA dan kerajaan MADANI terhadap tanggungjawab kami dalam menyelesaikan semua projek sakit, di samping menjaga kebajikan pembeli.
“PRIMA juga giat melaksanakan program membabitkan kerja penambahbaikan seperti landskap, padang bola dan surau, sebagai nilai tambah bagi mewujudkan persekitaran lebih kondusif,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Residensi Bandar Ekar Rantau, di sini, hari ini.
Projek Residensi Bandar Ekar yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM172 juta membabitkan pembinaan 766 unit kediaman teres satu setengah dan dua tingkat, dimulakan 1 Februari 2017 oleh kontraktor asal dan dijadualkan siap 31 Mei 2020.
Bagaimanapun disebabkan pelbagai kekangan, projek itu bertukar sakit apabila pembeli tidak dapat menduduki rumah impian mereka seperti dijadualkan.
Kor Ming berkata, majlis penyerahan kunci detik bermakna yang bukan hanya menandakan penyiapan projek, malah simbol permulaan baharu bagi ratusan pembeli rumah yang bakal memulakan kehidupan di kediaman sendiri.
Beliau berkata, PR1MA akan turut menyediakan pakej rumah pintar bagi meningkatkan tahap keselesaan dan kecekapan di kediaman ini.
“Langkah ini bukan sahaja akan meningkatkan nilai pembangunan di kawasan Rantau, tetapi menyumbang pembentukan sebuah komuniti lebih inklusif, holistik dan lestari,” katanya.
PR1MA kini dalam peringkat perancangan untuk melancarkan Fasa 2 Residensi Bandar Ekar, yang dijangka bermula akhir tahun ini.-BH Online