Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Kerajaan setuju meningkatkan skim jaminan sebanyak RM1 bilion menerusi skim jaminan pembiayaan pernigaaan khusus untuk membantu pengeksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendepani isu tarif Amerika Syarikat (AS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga bersetuju menambah dana pembiayaan mudah sebanyak RM500 juta melaiui institusi pembangunan kewangan untuk manfaat usahawan PKS yang terjejas.

“Ini (menambah dana pembiayaan) akan dipantau khususnya dengan syarikat PKS,” katanya ketika menyampaikan penerangan pada sesi mesyuarat khas berkenaan isu tarif Amerika Syarikat (AS) di Dewan Rakyat di sini, hari ini-BH Online