Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Sebarang perbincangan rasmi dengan Singapura berhubung projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) akan dibuat selepas mendapat persetujuan Kabinet.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Chee Hong Tat, di sini, Rabu lalu.

“Memang ada perbincangan dengan Menteri Pengangkutan Singapura dalam pelbagai perkara, antaranya saya ada maklumkan mengenai HSR tetapi masih tiada yang rasmi lagi.

“Saya jelaskan bahawa cadangan rasmi mengenai HSR hanya akan dibentangkan atau dibincangkan dengan Singapura selepas kita mendapat kelulusan daripada Kabinet,” katanya.

“Memang ada perbincangan dengan Menteri Pengangkutan Singapura dalam pelbagai perkara, antaranya saya ada maklumkan mengenai HSR tetapi masih tiada yang rasmi lagi.

“Saya jelaskan bahawa cadangan rasmi mengenai HSR hanya akan dibentangkan atau dibincangkan dengan Singapura selepas kita mendapat kelulusan daripada Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF) di sini, hari ini.

Pada 1 Januari 2021, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Perdana Menteri ketika itu, dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong dalam kenyataan bersama mengumumkan projek HSR sepanjang 350 kilometer ditamatkan apabila kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat berhubung perubahan dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu berakhir pada 31 Disember 2020.

Bagaimanapun, pada 8 Mac tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata ia terbuka untuk menghidupkan semula HSR, tetapi tidak akan membiayai pembinaan projek itu.

Januari lalu, tujuh konsortium tempatan dan antarabangsa menyerahkan cadangan konsep bagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-Singapura) kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp).

Tujuh konsortium itu terdiri daripada 31 firma yang mewakili spektrum penuh projek berkenaan.

Penyerahan cadangan konsep untuk projek HSR KL-Singapura itu adalah sebagai maklum balas kepada Permintaan Maklumat (RFI) yang dilancarkan oleh MyHSR Corp pada Julai 2023 dan tarikh akhir bagi penyerahan RFI adalah 15 Januari 2024.

Konsortium yang disenarai pendek untuk peringkat kertas cadangan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura itu dijangka diumumkan bulan depan.

Loke berkata, di peringkat Kementerian Pengangkutan, pihaknya sedang menunggu waktu sesuai daripada Perdana Menteri untuk membentangkan penilaian terhadap pelaksanaan projek terbabit.

“Hanya selepas Perdana Menteri diberi taklimat dan bersetuju kertas itu dibentangkan kepada Kabinet, baru kita akan bentang kepada Jemaah Menteri.

“Jadi perbincangan dengan Singapura secara rasmi hanya akan dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Kabinet. Setakat ini, Kabinet masih belum memberi sebarang persetujuan,” katanya.

Dalam pada itu, Loke memaklumkan, mesyuarat NLTF dimaklumkan oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mengenai perancangan strategik untuk menyambung Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Thailand.

“Ini masih di peringkat perancangan saja, belum lagi dilaksanakan,” katanya.-BH Online