Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini dari ibu negara Jerman, Berlin untuk lawatan satu hari ke bandar pelabuhan itu.

Anwar, yang tiba di Berlin pada 10 Mac untuk lawatan enam hari ke ekonomi ketiga terbesar di dunia itu, akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Nour, di sini.

Masjid itu pada asalnya merupakan sebuah Gereja Capernaum, sebelum ia diubah menjadi rumah ibadah Islam pada 2018.

Selepas solat Jumaat, Anwar akan ditemu bual oleh agensi berita Jerman Deutsche PresseAgentur (DPA).

Perdana Menteri kemudiannya akan meneruskan misinya untuk menarik pelabur dari Eropah dengan bertemu eksekutif dari syarikat semikonduktor yang berpangkalan di Belanda, Nexperia.-Bernama