Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Sebanyak 693 daripada 1,069 sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak, sudah dibaik pulih, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited menyelesaikan isu sekolah usang di negara ini.

“Infrastruktur sekolah yang usang bukan hanya berlaku di negeri tertentu, dan usaha baik pulih ini adalah selaras misi KPM untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar.null

“KPM mencapai kemajuan baik dalam menyelesaikan isu sekolah daif, terutama di Sabah dan Sabah apabila lebih separuh sekolah terjejas telah menjalani pembaikan diperlukan,” katanya pada majlis penyampaian Wakalah Zakat Peranti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan, di sini, hari ini.

Fadhlina berkata, KPM juga melaksanakan sistem penarafan bintang dengan tempoh penilaian selama tiga bulan, dalam menyiapkan proses baik pulih sekolah terbabit.

null

KPM dalam catatan melalui Facebook pada 28 Julai 2023, memaklumkan kerajaan memperuntukkan RM6.5 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan 1,002 sekolah daif di seluruh negara dari 2016 hingga 2023.

Melalui Rolling Plan 2023, sejumlah RM923.97 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan 417 projek baharu dan lanjutan di seluruh negara.

Menurut KPM, kemudahan pendidikan di Sabah dan Sarawak juga ditambah baik melalui pelaksanaan 327 projek pembangunan sekolah daif atau 78 peratus daripada keseluruhan projek diluluskan, tahun ini. – BH Online