Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kerajaan bercadang membuka tiga lagi Pusat Rehabilitasi Perkeso termasuk di Sabah dan Sarawak dalam tempoh lima tahun lagi.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, ia selepas keberkesanan serta manfaat yang diterima pencarum perkeso ketika proses pemulihan.

”Dalam tempoh lima tahun ini kita akan meninjau dan bina sekurang- kurangnya tiga buah lagi pusat rehabilitasi di seluruh negara termasuk juga di Sabah dan Sarawak.

“Belum ada lagi di Sabah dan Sarawak. Setakat ini, ketiga-tiga buah yang sama sedang dibina dan dirancang adalah di Semenanjung Malaysia iaitu di Melaka kemudian di Perak yg akan siap hujung tahun ini dan di Terengganu yang telah diumumkan pada tahun lepas”, katanya kepada pemberita elepas mengadakan lawatan kerja rasmi di Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Seramai 15,214 individu telah menerima rawatan di Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak yang pertama di buka di Malaysia dan Asia Tenggara sejak Oktober 2014 sehingga kini.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 70 peratus telah berjaya kembali ke tempat kerja selepas menjalani rawatan pemulihan intensif di pusat rehabilitasi terbabit.-Berita RTM