Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah memperuntukkan RM5.5 juta, untuk melaksanakan beberapa program pembangunan di daerah itu sepanjang tahun 2023.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Wilson Nyabong Ijang berkata program pembangunan tersebut, merangkumi Program Bantuan Tanam Semula, Program Produktiviti Pemasaran, Program Pembangunan Usahawan dan Program Agromakanan, bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah.

“RISDA, memberikan fokus kepada bantuan tanam semula getah melalui Program Tanam Semula Getah ke Getah (TSGG), dan Program Sokongan dan Bekalan Input Pertanian,” katanya ketika berucap pada Program Pekebun Kecil Makmur di Rumah Juin, Lepong Balleh di sini.

Dalam pada itu, beliau meminta penduduk yang mengusahakan getah untuk lebih proaktif dan jujur, dalam memastikan hasil getah mereka menepati standard kualiti pasaran semasa.

Sementara itu, Pegawai RISDA Kapit, Mensan Belayong berkata agensi itu, telah berjaya mengusahakan tanah kira-kira 2,000 hektar untuk program pembangunan, yang melibatkan 1, 103 pekebun kecil.

Pada tahun ini, 300 pekebun kecil telah menyertai program tanaman semula melibatkan keluasan 450 hektar di sekitar Kapit, Song, Sungai Asap dan Belaga.-Berita RTM