Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini meraikan 20 pemain industri yang unggul menerusi Anugerah Felow CIDB 2023.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata anugerah itu berfungsi sebagai peluang untuk diiktiraf sebagai model peranan dalam industi yang secara berterusan menyumbang kepada pembanguan dan penambahbaikan sektor pembinaan.

“Anugerah Felow CIDB adalah satu peluang bagi kita mengiktiraf perintis industri yang telah memperjuang kecemerlangan sektor pembinaan dalam pelbagai cara.

“Pada masa sama, kita memberikan penghormatan kepada kerjaya unggul dan pengalaman luas mereka yang menjangkau beberapa dekad,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Anugerah itu disampaikan oleh Nanta Linggi pada majlis yang turut dihadiri oleh Pengerusi CIDB Malaysia Yusuf Abd Wahab dan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Datuk Mohd Zaid Zakaria.

Penerima anugerah itu terdiri daripada individu yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang dalam sektor tersebut termasuk kontraktor, pemaju, profesional pembinaan, ahli akademik, pengilang dan agensi kerajaan.-Bernama