Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Bekas naib presiden PAS, Haji Nakhaie Ahmad memperlekehkan usaha PAS demi Islam berbanding dengan UMNO.

Beliau menasihatkan pimpinan dan penyokong sebaliknya melaksanakan pembangunan bersama Islam yang menjadi slogan parti tersebut.

“Janganlah tonjol kejayaan seciput yang dicapai oleh PAS. Buat malu geng saja.

“Sebaliknya ambillah peluang amanah dan sokongan rakyat untuk merancang dan melaksana pembangunan bersama Islam dan menterjemahnya dalam realiti kehidupan seluruh rakyat serta membawa kesejahteraan bersama Islam ke negara bertuah ini.”

Beliau turut menyenaraikan pencapaian PAS berbanding dengan UMNO – BN.

  1. Mewujudkan Perlembagaan Negara dengan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Justeru paksi kenegaraan Malaysia terdiri dari tiga sektor sektor awam, sektor swasta dan sektor agama.
  2. Mengintegrasikan pendidikan agama Islam dalam pendidikan kebangsaan dan mendirikan sekolah sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.
  3. Mengembangkan pendidikan tinggi Islam dengan membina universiti Islam dan mewujudkan fakulti pengajian Islam di universi-universiti di Malaysia.
  4. Bekerjasama dengan universiti Al-Azhar bagi menyelaraskan kemasukan pelajar Malaysia ke universiti itu melalui Sijil Tinggi Agama Malaysia.
  5. Menaik taraf mahkamah syariah dan hakim hakim mahkamah syariah.
  6. Mendirikan pelbagai institusi Islam untuk menyebar dakwah dan kefahaman Islam serta memperkasa pentadbirannya. Contohnya JAKIM,JAWI,IKIM, YADIM.
  7. Mendirikan Bank Islam, al-Rahnu, Takaful, Tabung Haji
  8. Memberi bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat.
  9. Menaik taraf kakitangan dan guru guru agama setanding dengan yang lain.
  10. Mewujudkan golongan menengah Melayu/Islam yang berpengaruh dan kuat.
  11. Membina penguasaan orang Melayu/Islam dalam pentadbiran sektor awam.