Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan penambahbaikan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dengan pengenalan makan tengah hari percuma.

Beliau berkata jumlah anak negeri Selangor yang menyertai PTRS turut meningkat dan selaras dengan itu, peruntukan telah ditingkatkan.

“Ketika Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) diperkenalkan, seramai 6,500 anak negeri diberi tuisyen percuma oleh kerajaan negeri dengan peruntukan sekitar RM6 juta. Kini 65,000 anak negeri menikmati tuisyen percuma dengan dana yang hampir sama jumlahnya.

“Tahun lepas, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM7 juta untuk PTRS. Kali ini, pelajar PTRS turut diberi makanan tengah hari percuma juga.

“Penambahbaikan ini dibuat agar kebajikan para pelajar lebih terjaga,” katanya dalam hantaran di Facebook.