Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau sedang dan akan menoktahkan miskin tegar tahun ini.

“Orang tanya, apa saya buat dalam tempoh lapan bulan (jadi kerajaan)? Jangan tanya saya untuk bina mercu tanda tertinggi, jambatan paling panjang.

“Anda rasa, saya sebagai PM (perdana menteri) boleh tidur nyenyak ke jika lihat ada rakyat miskin tegar tak mampu beli susu dan seragam sekolah? Biar kita noktahkan miskin tegar tahun 2023,” katanya ketika berucap pada ceramah Jelajah Perpaduan Bukit Antarabangsa, di sini pada Ahad.

Beliau juga memberi jaminan akan mencari dana yang mencukupi untuk menoktahkan kemiskinan tegar.

“Jika RM100 juta atau RM200 juta tak cukup, saya tak peduli dan saya akan cari. Semua menteri dan jabatan kerajaan mesti selesaikan isu miskin tegar. Itu janji saya.

“Tak boleh kita senang makan enak tetapi rakyat nak beli susu tak ada duit. Itu tidak boleh,” katanya.