Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Semalam majlis penamaan calon Perikatan Nasional namun Dominic Lau yang juga presiden Gerakan sampai ke sudah tidak dinamakan sebagai calon pilihan raya negeri meskipun telah diberikan DUN Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Ini berlaku susulan dua kejadian protes oleh PAS di peringkat akar umbi.

Dominic Lau sebelum ini terpalit dengan kontroversi ciapan Twitter di mana beliau menyatakan minat untuk bertanding kerusi parlimen Pulai.

Gerakan merupakan salah satu parti komponen Perikanan Nasional tetapi presidennya sendiri tidak dapat berdepan dengan protes peringkat akar umbi.

Dalam keadaan begini, bagaimana mungkin masyarakat bukan Melayu boleh mengharapkan Perikatan Nasional memperjuangkan nasib mereka? Pemimpin parti komponen pun disepah-sepahkan.

Lebih penting lagi, setakat ini tiada pimpinan Perikatan Nasional yang mengangkat permasalahan masyarakat India di Dewan Rakyat – platform terbaik. Jika anda tidak percaya boleh saja anda rujuk hansard Dewan Rakyat yang merekodkan persoalan dan debat yang berlaku di sana.

Tiada waima satu isu pun yang melibatkan kepentingan masyarakat bukan Melayu, baik Cina mahupun India.

Jangan kita lupa retorik PAS dan Bersatu hanya berpaksikan Melayu-Isley semata-mata.

Sesetengah pihak akan mendakwa bahawa PAS mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS manakala Bersatu menerima ahli bukan Melayu sebagai ahli bersekutu.

Apa guna sayap DHPP dan status ahli bersekutu sekiranya hak yang diperuntukkan itu tidak sama dengan ahli lain?

Berkenaan usaha menukarkan jawatankuasa masyarakat India kepada sebuah parti komponen PN yang mewakili masyarakat India pula, tiada perkara baru yang boleh mereka tampilkan.

Ini kerana ahli parti tersebut akan terdiri dari ahli yang berasal dari DHPP dan Bersatu. Sekiranya parti tersebut berjaya didaftarkan sekalipun, jangan terkejut sekiranya mereka terpaksa mengemis untuk mendapat peluang bertanding.

Jika Gerakan yang sudah lama bertapak di dalam politik Malaysia dilayan sebegitu rupa, jangan harap parti baru itu nanti akan dilayan bagai anak emas.

Pada masa sama pengundi India perlu ingat bahawa undi anda mampu menjadi penentu pemenang di 60 dari 245 kerusi DUN.