Sorting by

×

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Malaysia dan Filipina akan bersama – sama menembusi pasaran Timur Tengah menerusi sektor halal.

“Kita akan membuat pensijilan tetapi kita akan ambil langkah bersama untuk menembusi pasaran Timur Tengah degan sektor pasaran halal.

Selain itu, Anwar turut menyatakan peri pentingnya Malaysia dan Filipina meningkatkan ikatan persaudaraan, meningkatkan perdagangan dan pelaburan di antara dua negara tersebut.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama presiden Filipina Ferdinand Marcos Junior yang mengadakan lawatan rasmi julung kali ke Malaysia.

“Ada potensi besar untuk diterola di dalam sektor perniagaan. Kita juga memerlukan bantuan mengembalikan ekonomi pasca Covid-19.

Selain itu Anwar memberi jaminan bahawa suruhanjaya bersama Malaysia Filipina akan bertemu pada hujung tahun ini. Suruhanjaya tersebut akan membolehkan kerjasama agensi kerajaan di antar

Dalam bidang hubungan serantau pula, Anwar berkata bahawa perbincangan dengan Presiden Ferdinand Marcos Jr turut menyentuh lima perkara berkaitan Myanmar.

“Kita setuju untuk memberi ruang kepada negara anggota ASEAN untuk berbincang tanpa mengorbankan hak golongan tertindas.”