Sorting by

×

Walaupun dibantah sehingga bendera PN dibakar dan dipijak, calon yang dikatakan kroni Azmin Ali, Mohamin Harith Abdullah Sani dikekalkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Batang Kali, Hulu Selangor.

Pengerusi Perikatan Nasional Selangor Datuk Seri Azmin Ali sendiri mengetuai senarai calon di Selangor. Seperti yang dijangka, beliau akan bertanding di Hulu Kelang.

Mantan ahli parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun pula mencuba nasib di Batu Tiga.

Bendera dan dokumen PN dibakar di Batang Kali oleh ahli dan pemimpin Bersatu bahagian itu kerana membantah tindakan memilih calon bidang terjun sehingga menolak ketua bahagian mereka untuk menjadi calon.

Secara keseluruhannya Bersatu bertanding lebih dari separuh kerusi DUN di Selangor dengan 31 kerusi manakala PAS, 17. Gerakan pula fokus kepada 8 kerusi.

Berikut adalah senarai lengkap calon Perikatan Nasional yang akan bertanding di Selangor seperti yang diumumkan oleh pengerusi pakatan pembangkang, Tan Sri Mahiaddin Yassin:

N01
Sungai Air Tawar Mohamad Zaidi Selamat

N02
Sabak Sallehin Mukhyi

N03
Sungai Panjang Muhammad Razali Saari

N04
Sekinchan Goh Gaik Meng

N05
Hulu Bernam Mu’izuddeen Mahyuddin

N06
Kuala Kubu Baharu Teoh Kien Hong

N07
Batang Kali Mohamin Harith Abdullah Sani

N08
Sungai Burung Zaidi Zainuldin

N09
Permatang Nurul Syazwani Noh

N10
Bukit Melawati NoorAzley Yahya

N11
Ijok Jefri Mejan

N12
Jeram Harrison Hasan

N13
Kuang Mohd Rafiq Abdullah

N14
Rawang Rajen Kumar Ratnam

N15
Taman Templer Zaidi Abd Talib

N16
Sungai Tua Hanif Jamaluddin

N17
Gombak Setia Hilman Idham

N18
Hulu Kelang Azmin Ali

N19
Bukit Antarabangsa Sasha Lyna Abd Latif

N20
Lembah Jaya Sharifah Haslizah Syed Ariffin

N21
Pandan Indah Fadzil Dali

N22
Teratai Chew Han Keai

N23
Dusun Tua Azhar Hambali

N24
Semenyih Nushi Mahfodz

N25
Kajang Liew Sin Kim

N26
Sungai Ramal Shafiei Ngah

N27
Balakong Lai Choon Wen

N28
Seri Kembangan –

N29
Seri Serdang Shukor Mustaffa

N30
Kinrara Wong Yong Kang

N31
Subang Jaya Gana Pragasam Sebastian

N32
Seri Setia Zubir Embong

N33
Taman Medan Dr Afif Bahardin

N34
Bukit Gasing Nallan Dhanapalan

N35
Kampung Tunku Chin Yoke Kheng

N36
Bandar Utama Aliff Tafid

N37
Bukit Lanjan Munira Abu Bakar

N38
Paya Jaras Abd Halim Tamuri

N39
Kota Damansara Radzlan Jalaludin

N40
Kota Anggerik Shukri Omar

N41
Batu Tiga Rina Harun

N42
Meru Hasnizam Adham

N43
Sementa Noor Najhan Mohd Salleh

N44
Selat Klang Abdul Rashid Asar

N45
Bandar Baru Klang Tan Seng Huat

N46
Pelabuhan Klang Wan Hasrina Wan Hassan

N47
Pandamaran Gunalan Balakrishnan

N48
Sentosa Parameswaran Ganesan

N49
Sungai Kandis Wan Zahanurin Ahmad

N50
Kota Kemuning Chew Jyh Gang

N51
Sijangkang Ahmad Yunus Hairi

N52
Banting Saravanan Muthukrishnan

N53
Morib Rosnizan Ahmad

N54
Tanjong Sepat Sabirin Marsono

N55
Dengkil Jamil Salleh

N56
Sungai Pelek Suhaimi Ghazali