Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Keengganan pemimpin PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa menyebabkan beliau ditahan polis kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Sanusi kata saya tak buat kerja. Saya pantau jabatan imigresen, jabatan pendaftaran negara dan polis,” kata Saifuddin semasa sesi ceramah Jelajah Madani di Suka Menanti, Alor Setar, Kedah malam tadi.

Tapi bila polis cuba buat kerja mereka. Sanusi naik marah. Dia kata dia berhubung dengan polis antara pukul 10 malam dan 2 pagi.

Pihak polis minta Sanusi datang ke balai tapi dia enggan. Dia kata kalau polis nak tahan dia, dia takkan pergi

Sanusi pada mulanya menafikan bahawa kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain bahawa pihak polis berusaha menghubungi Sanusi sebelum mengambil keputusan untuk menahan beliau pukul 3 pagi.

Saifuddin turut mencadangkan agar darjah kehormat Tentera Laut Diraja Malaysia Sanusi ditarik balik.