Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Timbalan presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa bahawa terdapat cukup bukti yang mengaitkan pengarah pilihan raya Perikatan Nasional Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan rasuah dalam kes kecurian nadir bumi di daerah Sik.

Menurut Rafizi yang juga menteri ekonomi, setiausaha agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga memegang jawatan Menteri Dalam Negeri akan mendedahkan bukti secara beransur dalam tempoh dua minggu menjelang pilihan raya negeri pada 12 Ogos.

“Saya berhasrat untuk memberitahu Sanusi secara peribadi bahawa kita telah buat ini dalam tempoh masa panjang, dalam erti kata membentangkan fakta isu-isu sebegini kepada umum.

“Jika kita tidak mempunyai bukti untuk kes ini selama dua minggu, ini bermakna kita tidak mempunyai maklumat yang cukup. Kalau kita tak cukup fakta, kita takkan meneruskannya.

“Jadi, bila Saifuddin cabar kamu dan tunggu jawapan kamu, maksudnya dia tahu kamu tak boleh jawab. Dia ada 10 lagi bahan bukti.

“Kita akan dedahkan bukti sedikit demi sedikit sebab kita nak lihat kehebatan ‘Hero Malaya’ ini,” kata Rafizi merujuk kepada Sanusi semasa sesi Jelajah Madani di Suka Menanti semalam.

Rafizi turut menekankan bahawa penyiasatan isu ini bukan kerana kepentingan politik. Sebaliknya ia adalah kepentingan strategi geopolitik kebangsaan.

“Ia telah menjadi isu nasional kerana kita tahu bahawa elemen nadir bumi ini bukan sahaja penting untuk ekonomi tetapi juga mempunyai nilai geopolitik strategik.

“Oleh itu, di peringkat kerajaan persekutuan, kita telah diberitahu dari semasa ke semasa tentang aktiviti penyeludupan dan kita tahu Kedah merupakan salah satu penyumbang aktiviti penyeludupan nadir bumi.

Rafizi turut mengulas berkenaan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Perbadanan Menteri Besar di Kedah.

“CEO, MBI merupakan agensi pelaburan paling penting, di Kedah telah dilantik sendiri oleh Menteri Besar.

“Kalau saya MB mana – mana negeri, jika saya tak terlibat dan tak tahupun, tapi kalau ada rasuah, terutamanya yang melibatkan kecurian sumber penting, saya perlu ambil tanggungjawab,” katanya.