Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Haji Wan Salim Wan Mohd Noor menyangkal seruan ahli Jawatankuasa PAS Pusat Riduan Mohamad Nor meminta orang ramai membaca qunut nazilah bagi membantu pengarah pilihan raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut Wan Salim, bacaan qunut nazilah adalah bagi memohon pertolongan Allah SWT bagi umat Islam yang berdepan dengan bala mahupun bencana termasuk kepungan musuh.

“Qunut nazilah pula merupakan doa untuk memohon kepada Allah SWT supaya diangkat atau dihilangkan sesuatu bala atau bencana yang menimpa umat Islam secara umum seperti penularan wabak, serangan musuh, kepungan musuh terhadap kumpulan muslimin, berlaku kebuluran ramai, kemarau panjang dan sebagainya.

“Ada pun kes individu yang dihadapkan ke muka keadilan kerana didakwa melakukan kesalahan tertentu maka harus didirikan solat hajat untuk memohon kepada Allah SWT supaya kesnya diselesaikan dengan mudah dan adil.

Sanusi yang juga menteri besar Kedah berdepan dengan dua kes di bawah Akta Hasutan didakwa menghina kredibiliti Sultan Selangor dan Yang Dipertuan Agong.

Wan Salim menegaskan bahawa qunut nazilah tidak sesuai digunakan dalam kes Sanusi.

“Pada pandangan saya qunut nazilah tidak sesuai dibaca untuk kes yang melibatkan orang perseorangan, sebab ia bukan merupakan bala atau bencana yang menimpa orang ramai.

“Ini adalah kes undang-undang yang perlu diselesaikan melalui pembicaraan di mahkamah,” katanya, lapor Malaysiakini.