Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Timbalan presiden PKR Rafizi Ramli “geli hati dengan cubaan lucu” membandingkan penahanan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan penahanan presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Ini kerana Sanusi hanya ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang manakala Anwar ditahan dan ditumbuk oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor.

“Sanusi (ketika ini) jejaka ‘Malaya paling glamour’ (terkenal) tapi beliau tak masuk lokap pun yang beliau hanya ditahan dan didakwa tetapi ada yang nak disamakan (apa yang berlaku terhadap Sanusi) dengan Anwar masa 1998 dulu.

“Kalau ada orang sepak terajang Sanusi itu lainlah.

“Ini nasib baik beliau kena tahan dan dakwa je tapi kecoh, kononnya orang-orang dalam Kerajaan Perpaduan ni takut dengan Muhammad Sanusi sampai beliau kena tangkap pukul 3 pagi,” katanya ketika berceramah pada Majlis Jelajah Madani di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Rafizi menambah bahawa dia merasakan pelik terhadap Perikatan Nasional dan pemimpinnya seperti Sanusi yang menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu, Islam tetapi pada masa sama menyinggung institusi diraja di peringkat negeri dan persekutuan.

“Pelik mereka (PN) yang menunjukkan diri sebagai parti memperjuangkan Melayu, Islam didakwa atas kesalahan menghina raja. Kalau saya yang kata macam itu (memperlekehkan sultan) mesti PAS dah keluar berarak atas jalan hingga memerlukan saya kena masuk gua kerana takut untuk keluar.

“Saya nak nasihat lagi, kalau dia (Muhammad Sanusi) rasa dan nak jadi hebat, kacau, langgar itu ini tak ada masalah tapi kena bersedia terima akibatnya,” katanya.