Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Polis telah menahan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor jam 3 pagi tadi di hotel penginapannya bagi membolehkan beliau didakwa pagi ini.

Menurut Setiuasaha Akhbar beliau, Hilmi Khalid, Sanusi telah dibawa keluar oleh polis dari bilik penginapan beliau di hotel berkenaan jam 3 pagi dan dibawa ke Balai Polis IPD Gombak.

Sanusi menginap di hotel berkenaan jam 11.40 malam selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PN di ibu negara.

Beliau dijangka akan didakwa pagi ini di Mahkamah Sesyen Selayang, tempat beliau memberikan ucapan yang menghina Sultan Selangor.

Sanusi menafikan dakwaan itu tetapi memohon maaf kepada Sultan Selangor melalui sepucuk surat.

Namun, selepas berjumpa dengan Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor, Istana Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa kes ini belum selesai.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan polis menyiasat MB Kedah yang mulut celupar itu.

Katanya, siasatan mengenai 3R dibuat melalui satu Task Force yang ditubuhkan oleh polis melibatkan 21 pegawai polis.

“Kita akan selesaikan kes ini dalam masa tujuh hari melalui Task Force yang kita tubuhkan.

“Sejak 27 Mac, kita telah buka 61 kertas siasatan dalam isu 3R ini,” kata beliau dalam satu sidang media hari ini.