Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan seorang pengarah syarikat wanita telah ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan rasuah melebihi RM13 juta dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan.

Menurut sumber kedua-dua yang ditahan direman selama tiga hari sehingga 21 Julai.

Perintah reman untuk kedua-dua yang disyaki telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Alor Setar dan Shah Alam.

Kedua-dua individua yang disyaki sedang disiasat di bawah seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009.

Seksyen 17 adalah berkenaan kesalahan memberi atau menerima suapan menerusi agen manakala seksyen 23 adalah berkenaan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dipenjarakan untuk tempoh tidak lebih daripada 20 tahun dan didenda pada nilai lima kali nilai suapan atau RM10,000.

Aktiviti perlombongan telah dijalankan secara haram oleh sebuah syarikat terlibat mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa tertentu sejak tahun 2020 lagi.

“Hasil siasatan yang dijalankan oleh SPRM dapat mengesan beberapa pembayaran disyaki melibatkan rasuah berjumlah lebih RM13 juta yang diberikan syarikat terlibat sebagai sogokan bagi melindungi kegiatan perlombongan haram ini dalam tempoh 2020 hingga 2023.

“Syarikat milik wanita yang ditahan reman itu dipercayai telah mendapat kelulusan untuk menjalankan projek pembangunan ladang hutan pokok getah klon balak (TLC) di dua kompartmen di Kedah dalam tahun 2016,” sumber dilaporkan berkata.

Projek tersebut bertujuan untuk menanam semula pokok-pokok getah klon balak di kawasan pembalakan yang terlibat.

Syarikat yang sama juga telah membuat permohonan kepada kerajaan Kedah untuk menjalankan perlombongan unsur nadi bumi (REE) di kawasan sama.

SPRM juga sedang menyiasat Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan perlombongan REE.