Sorting by

×
Deputy Inspector-General of Police Datuk Razarudin Husain during the interview in Bukit Aman, Kuala Lumpur. — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Siasatan Polis DiRaja Malaysia ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ekoran dakwaan hinaan pemimpin PAS tersebut terhadap Sultan Selangor tidak terhenti dengan permohonan maafnya.

“Siasatan kita tidak berhenti, masih diteruskan berdasarkan kelaziman prosedur (walaupun Muhammad Sanusi sudah minta maaf),” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Hingga kini pihak polis telah menerima 57 laporan polis ke atas Sanusi.

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini turut menegaskan bahawa permohonan maaf bukan satu pembelaan undang-undang.

Azalina juga mahu PDRM diberi kebebasan menyiasat sesiapa yang membangkitkan isu 3R (Raja, kaum dan agama).