Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan tuduhan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa kerajaan memainkan peranan dalam memadam kandungan akaun TikTok pemimpin PAS tersebut.

“Saya tentunya tak setuju sebab memang bukan kerajaan yang buat. Kita pun banyak kerja lain.

Beliau menjelaskan bahawa kuasa memadamkan kandungan TikTok tidak tertakluk kepada kerajaan Malaysia.

“TikTok ni siapa punya? Bytedance Ltd firma teknologi dari China.

“Kerajaan Malaysia ada kuasa ban akaun TikTok kita? Jawabnya tidak.”

Saifuddin tuurt menjelaskan bahawa kandungan TikTok Sanusi terpadam kerana aduan dari masyarakat umum kepada syarikat tersebut.

Sanusi sebelum ini mengadu bahawa akaunnya ditiadakan. Beliau menuduh kerajaan persekutuan bertindak seperti kerajaan Korea Utara.

Bagaimanapun hanya kandungan TikTok yang telah terpadam.

Sanusi juga telah membuka akaun TikTok baru.

Dalam perkembangan berkaitan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia turut senada dengan Saifuddin.

“SKMM mengesahkan tiada sebarang arahan diterima berhubung isu ini.

“Platform-platform media sosial mempunyai garis panduan komuniti yang menentukan tindakan yang boleh diambil terhadap mana-mana pengguna secara automatik apabila terdapat pelanggaran terhadap panduan tersebut, mahupun berdasarkan aduan orang ramai.”