Sorting by

×

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didenda RM500,000 atas dakwaan mencuri unsur nadir bumi (REE) tahun lalu, dedah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Denda tersebut dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) ke atas Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah kerana kegiatan yang dilakukan di Sik.

Ekoran itu Muhammad Sanusi selaku Pengerusi MBI Kedah dicabar menjelaskan perkara berkenaan dan menafikan sama ada beliau terbabit dalam kegiatan mencuri REE.

“Malam ini saya nak tanya dengan Sanusi sebagai Pengerusi MBI, ada tak dapat surat daripada Datuk Fauzi Mustafa selaku Pengarah PTG Kedah pada hujung tahun lalu?

“Surat itu mengkehendaki MBI membayar kompaun RM500,000 kerana mencuri REE di Kampung Chong, Sik. Kamu Menteri Besar, kamu Pengerusi MBI, surat itu bertarikh 4 Oktober 2022.

“Dialamatkan kepada Pengerusi MBI, kompaun di bawah Seksyen 426 (1) Kanun Tanah Negara dalam kejadian jam 2.30 petang, 24 September 2022 kerana mencuri REE. Yang tandatangan Datuk Fauzi,” katanya ketika berucap pada Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Pekan Guar Chempedak.

Saifuddin yang juga setiausaha agung Pakatan Harapan berkata beliau akan terus mendedahkan kebobrokan yang dilakukan oleh Sanusi setelah menjawat jawatan menteri besar.

“Kita lantik Menteri Besar untuk urus negeri, bukan jadi pencuri. Ini adalah permulaan dan kita ada lagi beberapa siri pendedahan dengan dokumen lengkap kerana kita percaya rakyat Kedah cerdik.

“Jangan sesekali memandang rendah kebijaksanaan orang Kedah, mudah-mudahan paling kurang (kemenangan) 19 kerusi Dewan Undangan Negeri akan jadi kenyataan.”

Sanusi sebelum ini menafikan pembabitan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Kedah di dalam bidang penerokaan NREE di Sik.

BACA JUGA: PH-BN perlu berada dalam mod menyerang lawan habis-habisan

Calon MB Kedah: UMNO akan sokong calon pilihan Anwar Ibrahim