Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melakukan taubat nasuha ekoran dakwaan pemimpin Pas tersebut bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memandai dan menggunakan titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan.

Menurut Zahid, faktanya ialah BN dan Pakatan Harapan (PH) dititah untuk menghadap Agong selepas Pilihan Raya Umum (ke-15) bagi membentuk kerajaan adalah tidak dapat disangkal lagi.

“Saya harap taubat nasuha diutamakan oleh beliau,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) dekat sini pada Khamis.

Menurutnya, tidak semua perkara boleh dijadikan kempen yang akhirnya merosakkan diri sendiri.

Zahid yang juga presiden UMNO bagaimanapun enggan melayan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu kerana ia akan menjadi isu mengarut berbahas dengan pihak yang tidak begitu bijaksana mentafsir.

Muhammad Sanusi dilaporkan membuat dakwaan berhubung perkara itu di dalam ceramah Jelajah Selangor pada Selasa lalu.

Selain itu, beliau juga didakwa menghina Sultan Selangor dan meremehkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. PKR Selangor telah membuat laporan polis terhadap Sanusi pagi ini di Shah Alam.