Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membidas amalan parti pembangkang terutamanya Pas yang mentakfirikan umat Islam yang tidak menyokong parti dan memberikan gambaran seolah – olah parti tersebut bersamaan dengan Islam.

“Politik itu ijtihad bukan akidah. Jika dijadikan akidah, mereka akan kegalauan, ekstrim. Dari budaya ekstrim inilah melahirkan budaya takfiri,” kata Fadhlina dalam forum ‘Malaysia Di Ambang PRN 2023’ di Menara Dato’ Onn malam tadi.

Bila pandangan tak sama terus dikatakan kafir. Saya ni tak tahu dah berapa kali kafir.Sampai ke situ budaya politik kita yang sangat menakutkan.

Beliau turut menekankan perihal adab dalam berpolitik.

“Adab berbeza pandangan penting dalam keadaan bersetuju untuk tidak bersetuju.

“Bayangkan pagi buat fitnah, tengahari minta maaf. Malam buat fitnah lagi. Ini perangai apa? Tak boleh kita biarkan budaya begini.

“Pagi jadi sufi, tengah hari jadi lidah syaitan malam kita selesai, berbaik dengan agama.

Beliau turut mengkritik pembangkang yang mempermainkan sentimen agama di Pulau Pinang tetapi ketandusan idea dan memainkan isu azan.

“Tiap kali pilihan raya, isu azan dimainkan. Maknanya mereka tak boleh bahas polisi Pulau Pinang, tak boleh bahas isu ekonomi Pulau Pinang, tak tahu isu-isu kebajikan Pulau Pinang.

“Ini zaman contestation of ideas, bukan lawan azan siapa paling banyak. Maknanya mereka miskin idea. Saya saran orang Penang tiap kali masuk waktu azan, buat live.

“Apa tahap pembangkang yang kita ada ni? Kita suruh mereka masuk Dewan Rakyat debat isu polisi, masuk Dewan Undangan negara debat isu polisi. Yang mereka ulang kitar semula, isu azan.

Beliau turut mempertahankan pimpinan politik PH-BN yang mempertahankan Islam, identiti Melayu dan perlembagaan persekutuan

“Hanya pemimpin Melayu yang bangsat sahaja yang tak erti mempertahankan Islam, Melayu dan Perlembagaan,” katanya.