Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Ketua Pemuda Umno Selangor Datuk Mohd Imran Tamrin mendakwa bahawa pakatan pembangkang – Perikatan Nasional terbentuk hasil daripada pengkhianatan parti komponen PN terhadap Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

“Mereka membentuk satu gabungan baharu atas pengkhianatan kerana tidak dapat apa yang mahu ketika bersama dengan gabungan PH dan juga ketika mereka bersama dengan BN ataupun MN,” kata Imran dalam forum Menjelang PRN 2023: Kredibiliti atau Populariti

“Ketika itu akhirnya untuk menjayakan agenda, mereka terpaksa membuat jajaran dan menubuh satu gabungan yang baharu untuk menjayakan agenda pemimpin mereka sebenarnya.

“Agenda mereka bukan untuk negeri dan juga negara tetapi lebih kepada peribadi yang tidak melihat kepada kepentingan rakyat dan ekonomi, ia lebih kepada kepentingan politik sebenarnya,” katanya.

PPBM pernah bersama Pakatan Harapan manakala Pas bersama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional.

Imran menambaha bahawa PN juga mempunyai kelebihan kerana berasal dari kepimpinan PH dan BN.

Walau bagaimanapun beliau yakin rakyat akan dapat menilai naratif terbaik demi kesejahteraan rakyat dan negara adalah daripada gabungan parti Kerajaan Perpaduan.

“Mereka tahu di mana ‘soft spot’ khususnya dalam kalangan penyokong dan pengundi UMNO/BN. Apa yang kita kena buat sebagai kepimpinan UMNO/BN khususnya dalam konteks hubungan Kerajaan Perpaduan secara yang lebih luas supaya kita memaham dan juga beri penerangan begitu rapi kepada pengundi dan juga penyokong.

“Membina naratif dan juga pendirian sebagai sebuah parti serta sebagai sebuah gabungan dalam membina negeri dan juga negara.

“Kita tidak boleh biarkan tohmahan, dakwaan, hasutan dan juga dakwaan daripada PN khususnya yang mencuri dan juga mengambil hati pengundi dan penyokong kita,” ujar beliau.