Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyeru media agar berhati-hati dan cermat dalam membuat laporan berikutan laporan akhbar Harian Metro yang memetik sumber berkaitan wanita warganegara China yang dilaporkan tidak keluar dari negara.

“Harian Metro cuba memberi laporan (bercanggah bersandarkan sumber yang tidak dinamakan) setelah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengatakan bahawa wanita itu telah keluar.

“Sebenarnya fakta ialah pada 4 Julai melalui Shenzhen Airlines ZH9030 jam 8.55malam wanita tersebut dicatatkan keluar dalam rekod imigresen. Apa moral pengajarannya? Media kena cermatlah. Kena hati-hati.

“Jangan petik sumber sebarangan terutamanya menyanggah kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Malangnya ia cuma petik sumber yang tidak dinamakan.”