Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia telah menahan sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) yang terbabit dengan 1MDB – Jasmine Loo Ai Swan.

“Saudari Jasmine Loo Ai Swan, seorang individu yang dipercayai mempunyai berkaitan kes 1MDB telahpun ditahan oleh polis pada hari Jumaat lepas dan pada 8 Julai telah dikenakan reman di IPD Dang Wangi. Reman di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan,” umum Saifuddin di dalam sidang akhbar di kementeriannya.

Loo ialah mantan peguam 1MDB, pengarah eksekutif dan sekutu Low yang turut menghilangkan diri sebelum ini.

Saifuddin turut mengesahkan bahawa Loo sedia bekerjasama dengan pihak berkuatkuasa dalam kes ini.

“PDRM mempunyai beberapa perkara untuk disiasat.Melalui peguam Jasmine Loo ini memaklumkan beliau sedia memberi kerjasama untuk membantu PDRM dan kerajaan.”

Seksyen 409 merujuk kepada kesalahan pecah amanah jenayah oleh penjawat awam atau ejen.