Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kerajaan akan meneruskan rancangan penggubalan undang-undang baru untuk mengawal budaya Ali Baba, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara ini telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara semalam yang mengakui bahawa budaya tersebut mempunyai kesan negatif terhadap ekonomi negara.

“Anggaran kerugian (dari amalan sedemikian) lebih kurang 1 peratus dari KDNK negara,” kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menyatakan amalan Ali Baba wujud di dalam pemerolehan, pelesenan, pemberian kuota dan permit, subsidi dan geran.

“Kementerian Ekonomi dan Pejabat Peguam Negara dengan penglibatan kementerian dan agensi lain akan mengkaji dan mencadangkan peraturan , dasar dan strategi untuk memerangi budaya ini,” kata Anwar.