Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, menamatkan kerjayanya dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini selepas 35 tahun menabur bakti.

Susulan itu, jawatan yang disandangnya akan dipangku oleh Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Ibrahim Darus.

Majlis serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara itu diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, sebentar tadi dengan disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. 

Turut diadakan adalah majlis serah terima tugas Naib Pengerusi PERKEP Malaysia antara Puan Sri Zaleha Mohd Ariffin dan Pengerusi PERKEP Cawangan Khas, Puan Sri Zanilatun Kamariah Zakaria selaku pemangku. -BH Online