Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Remaja perempuan yang terbabit dengan kehamilan luar nikah, akan terus dibantu bagi memastikan mereka kembali ke sekolah serta mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, peluang sewajarnya harus diberikan kepada golongan itu untuk menyambung pelajaran bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam pendidikan.

“Mereka harus kembali menyambung pendidikan mereka selepas habis pantang. Bab ini saya sangat tegas. Tidak boleh ambil jalan mudah dalam hidup kerana pendidikan ialah kunci untuk keluar daripada kitaran keganasan dan kembali menjadi insan.

“Kementerian Pendidikan (KPM) biasanya akan membantu anak ini kembali ke sekolah dan memastikan mereka mengambil SPM tanpa keciciran pendidikan,” katanya dalam hantaran melalui Facebo

Fadhlina menegaskan, isu kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja perlu ditangani menerusi pendekatan berasaskan sokongan, perlindungan dan pendidikan bagi memastikan kebajikan ibu serta anak terus terpelihara.-BH Online