Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR , 6 Mei – Lebih 7,000 lot premis perniagaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di seluruh negara bakal menikmati pengurangan kadar sewaan sebanyak 20 peratus sebagai langkah proaktif membantu usahawan mengurangkan kos operasi dalam mendepani krisis ekonomi semasa.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif tersebut selaras dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan agensi persekutuan meringankan beban peniaga kecil bermula bulan ini.

Beliau turut menyarankan peminjam dan usahawan MARA yang menghadapi masalah kewangan untuk tampil ke pejabat MARA di peringkat daerah atau negeri bagi mendapatkan khidmat rundingan kewangan.

“Sesiapa sahaja yang mengalami dan menghadapi masalah kewangan dalam tempoh-tempoh krisis ini untuk datang ke pejabat-pejabat MARA di daerah-daerah mahupun di negeri mahupun di ibu pejabat untuk kita membantu menstrukturkan mahupun menjadualkan balik”, ujarnya ketika dihubungi RTM.

Terdahulu, pada Selasa, Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agensi persekutuan mengurangkan kadar sewaan premis milik mereka bagi membantu menurunkan kos operasi golongan terbabit.

Selain itu, beliau juga menyeru Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil pendekatan serupa.-Berita RTM