Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang memuktamadkan segera proses pelaksanaan bayaran pendahuluan bagi Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) sebanyak RM200 sehektar.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, usaha itu bagi memastikan bayaran itu dapat disalurkan tanpa kelewatan, sekali gus memastikan pesawah membuat persiapan awal musim dengan lebih baik.

”Kita tidak mahu sebarang kelewatan, biar bantuan ni cepat sampai kepada pesawah supaya mereka boleh buat persiapan awal musim penanaman dengan lebih tersusun dan lancar,” jelasnya menerusi hantaran di Facebook selepas Mesyuarat Pasca Kabinet Kementeriannya, hari ini.

Tambahnya, beliau turut mengambil maklum mengenai beberapa tuntutan lain yang disuarakan oleh golongan pesawah.

Menurut beliau, pihaknya akan berusaha untuk menambah baik pendekatan sedia ada dari semasa ke semasa.

”Apa yang penting, kita nak pastikan kebajikan pesawah terus terjaga dan mendapat bantuan sebaiknya,” jelasnya.-Berita RTM