Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Majlis Amanah Rakyat (MARA) berperanan sebagai payung besar ekonomi dan pusat sehenti bagi pembangunan Bumiputera di negara ini.

Perdana Menteri berkata, melalui tugas baharu itu, MARA diberikan amanah untuk mengelola aspek pembangunan Bumiputera daripada semua agensi berkaitan di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri juga mengarahkan draf pindaan Akta MARA 1996 diserahkan kepadanya dalam tempoh tiga bulan.

“Saya harap draf Akta MARA tak perlu tunggu sampai enam, tujuh lapan bulan, …pakar ini semua mahir hendak tunggu sampai enam, tujuh dan lapan bulan sebab apa.

“Beri draf pada saya dalam tempoh tiga bulan,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan 60 tahun MARA, di sini.-BH Online