Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUCHING, 6 April – Usaha memperkasa “jihad ekonomi” dalam kalangan rakyat dan usahawan tempatan terus dipergiat, sebagai langkah memastikan kestabilan ekonomi negara ketika berdepan ketidaktentuan global.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setiap inisiatif dan pengorbanan dalam bidang ekonomi perlu disambut secara kolektif oleh rakyat kerana manfaatnya bukan hanya kepada individu, tetapi seluruh masyarakat.

“Ini juga merupakan jihad dan jihad ini peluang untuk wujudkan ekonomi tempatan supaya kita tidak lagi perlu mengeluarkan duit untuk mengimpot barang dan dengan duit itu dapat bangunkan bukan sahaja infrastruktur, tetapi juga masyarakat,” katanya.

Datuk Seri Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jelajah Kongres Jihad Bisnes 2026 anjuran Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) di sini.

Jelasnya, banyak lagi peluang yang boleh diwujudkan termasuk dalam memastikan keterjaminan makanan dan industri perkhidmatan.-Berita RTM