Selangor adalah satu-satunya negeri yang meraikan warga emas ketika mereka masih hidup, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Shari.
Katanya, melalui belanjawan 2023 tahun lalu, setiap warga emas di Selangor diperuntukkan RM150 setahun untuk membolehkan mereka pergi membelah belah apa yang mereka perlukan.
Sebelum ini, Selangor meraikan warga emas dengan memberikan wang selepas mereka meninggal dunia dan dinamakan Skim Mesra Warga Emas.
“Ini bukan mesra warga emas, ini skim mati warga emas.
“Jadi kita tukarkan skim ini kepada meraikan mereka ketika mereka masih hidup. Kita bagin duit kepada mereka untuk pergi shopping,” kata Amirudin.
Bekas MB Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memperlekeh Amiruddin dengan berkata beliau hanya menukarkan program yang telah dijalankan.
“Kita tidak tukar. Kita tambah baik supaya sesuai dengan keperluan.
“Warga emas perlukan duit semasa hidup bukan sesudah mereka mati,” kata beliau.