Sorting by

×

Budaya fitnah sebati dengan pimpinan PAS dan ini terbukti dengan tohmahan ahli PAS yang baru, Tan Sri Annuar Musa.

Ketika berceramah pada 5 Julai, beliau membuat fitnah terhadap tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang, walaupun bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Haniff Omar telah memohon maaf selepas membuat dakwaan yang sama.

“Sekali pilihan raya tahun 1969 dia (Kit Siang) berkempen atas nama DAP, sekali pilihan raya pertumpahan darah 13 Mei 1969 berlaku. DAP ada saham besar.

“Tuan-tuan buka ada satu buku yang menulis ucapan-ucapan Lim Kit Siang termasuk di saat pembunuhan berlaku di Kampung Baru, Lim Kit Siang tengah berucap di Kota Kinabalu masih lagi mengapi-apikan isu Bumiputera dan bukan Bumiputera dan sebagainya,” dakwa Annuar di hadapan lebih 1,000 hadirin.”

Annuar berkata demikian ketika berceramah di Bachok.

Untuk rekod, mantan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar telah meminta maaf secara terbuka kepada Lim ekoran fitnah mengaitkan Lim dengan peristiwa hitam tersebut.