Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUANTAN: Kerajaan Pahang menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Aidilfitri 2026 sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pemberian bantuan itu bertujuan membantu penjawat awam membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Katanya, bantuan khas kewangan ini membabitkan kira-kira 8,000 penjawat awam negeri dan akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seminggu sebelum Aidilfitri.

“Kerajaan negeri berharap pemberian ini dapat menyuntik semangat kepada seluruh warga perkhidmatan awam negeri untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.null

“Ia sekali gus memperkukuh usaha memakmurkan negeri serta memastikan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.-BH Online