PUTRAJAYA, 7 Disember – Pelaksanaan projek pembangunan di seluruh negara dibuat mengikut keperluan sebenar yang mampu memanfaatkan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Kerajaan MADANI mengutamakan keperluan rakyat khasnya golongan sasar tanpa sebarang diskriminasi politik
“Sebenarnya, pendekatan ini dibuat berdasarkan keperluan wilayah atau negeri serta sasaran yang tepat.
“Oleh itu, sebarang tanggapan bahawa kita mendekati sesuatu pihak berasaskan politik adalah tidak benar sama sekali,” katanya demikian pada sesi forum “Kerajaan MADANI – Retrospektif dan Memeta Perjalanan ke Hadapan” bersempena Program Rancakkan MADANI di sini.
Forum berkenaan menampilkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut serta menyampaikan maklumat serta pencapaian terbaik kerajaan MADANI.-Berita RTM
