Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KAPIT, 16 November – Kementerian Kerja Raya (KKR) berada di tahap kesiapsiagaan tinggi untuk menghadapi bencana khususnya ketika Monsun Timur Laut (MTL).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) kini mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana atau ‘BiG Ben’ yang berfungsi memantau kawasan berisiko terutama ketika hujan lebat yang berpotensi menyebabkan banjir atau gangguan perjalanan termasuk keadaan cerun dan jalan raya.

“Untuk memantau pergerakan cerun, kita telah memasang peralatan tertentu di lokasi berkenaan. Dengan pemasangan itu, sebarang pergerakan dapat dikesan lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikikan ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Santunan Desa KEMAS, Rumah Jawa Nanga Sangin, Sungai Amang Kapit di sini.

Lebih 2,000 cerun di seluruh negara dikenal pasti berisiko tinggi mengalami pergerakan cerun, termasuk beberapa lokasi yang dikategorikan sebagai amat kritikal untuk pemantauan.

Pihak kementerian juga sentiasa menjalinkan kerjasama dengan semua negeri dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana.-Berita RTM