Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Calon PAS Simpang Jeram Dr Mohd Mazri Yahya berbohong apabila berikrar untuk menjadi pemecah dinding kemarahan perkauman yang dibina oleh DAP.

Menurut tokoh veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang, perkara tersebut tidak pernah menjadi objektif parti.

“Adakah Mazri seorang lagi (presiden PAS Tan Sri Abdul) Hadi Awang yang menyebarkan pembohongan , berita palsu dan ucapan berunsur kebencian tanpa bukti?

Menurut Lim, hakikatnya berbeza sekali di dalam DAP kerana DAP memcalonkan calon pelbagai kaum seawal 1969 yang merupakan pilihan raya umum pertama yang disertai partinya.

“Dr Mazri mungkin tidak tahu dua ADUN Melayu dari DAP menang dalam PRU 1969.

“Saya sendiri dituduh anti Cina kerana meletakkan Ahmad Nor sebagai calon dalam pilihan raya kecil Gopeng pada 1987. Beliau menjadi MP DAP Melayu pertama pada 1990.

“Adakah Dr Mazri tidak tahu DAP mempunyai tiga MP Melayu – Syahredzan Johan (Bangi), Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera) dan Young Syefura Othman (Bentong) atau adakah dia tidak mengiktiraf mereka sebagai Melayu Muslim?

Lim turut mengingatkan Mazri bahawa mantan MP Bandar Melaka Lim Guan Eng ke penjara pada 1998 dan mengorbankan kerusi parlimen kerana mempertahankan maruah seorang gadis Melayu.

Lim turut mengingatkan Mazri kenyataan Hadi bahawa DAP membantu PAS ketika darurat di Kelantan pada 1977.

“Hadi membalas budi dengan membuat dakwaan liar bahawa DAP anti Melayu, anti Islam, anti Raja-raja Melayu, komunis dan mempromosi Islamofobia tanpa bukti.”

Berkenaan tuduhan Hadi bahawa UMNO dan Amanah adalah Gurkha DAP, Lim bertanya samada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga adalah Gurkha DAP apabila beliau mengumumkan akan menandatangani Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum.