KUCHING: Semangat perpaduan dan keharmonian antara rakyat berbilang kaum dan agama perlu terus subur kalangan rakyat Sarawak.
Yang Di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau bangga terhadap semangat perpaduan yang beliau sifatkan sebagai identiti untuk Sarawak.
“Marilah kita terus memelihara keharmonian ini sebagai asas kepada kemajuan dan kestabilan negeri tercinta,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Wesak bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.
Wan Junaidi berkata, Hari Wesak adalah perayaan penting penganut Budhha bagi memperingati kelahiran, pencerahan, dan juga kematian Siddhartha Gautama Budha.
“Hari Wesak mengajak kita untuk bersama-sama merenung nilai-nilai murni seperti kasih sayang, kesederhanaan, toleransi dan belas kasihan sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama.
“Saya berharap Hari Wesak ini disambut dengan penuh bermakna, dalam suasana aman dan saling menghormati,” katanya.-BH Online